Dengan rasa rendah diri saya mempersilakan semua rakan-rakan dari Pengambilan ke-2 ATMA atau pada masa kami dahulu ianya dikenali dengan Intake 2000.
Saya rasa adalah perlu bagi kita mewujudkan satu web page untuk di jadikan satu platform agar semua geng kita yang satu masa dahulu begitu akrab akan terjalin semula.
Kesedaran ini timbul apabila saya dan beberapa orang rakan lama berkumpul di Restoran Santai di Tasik Permaisuri Cheras Selangor pada 7 April 09 jam 2100. Walaupun tak ramai, iaitu hanya seramai 6 orang, antaranya saya sendiri (Azrul), Farid (Jantan), Alvyn, Zaini (Robot), Ridhuan Rodak dan Amriza namun kami berjaya mengamatkan suasana di Restoran tersebut.
Kami juga bercadang untuk membuat satu lagi perjumpaan antara bekas-bekas Siska Intake 2000 dan kami berharap agar ianya dapat bertambah dari masa ke semasa dari segi penglibatan.
Sekian. Terima Kasih 

Masih ingat lagi pada lagu nie tak? Kena nyanyi setiap pagi tu.. takkan dah lupa
Ilmu Teras Kepimpinan
Ilmu Bekal Perjuangan
Ilmu Bawa Kejayaan
Tanpa Ilmu Dikalah Lawan
Kamilah Para SISKA ATMA
Berikrar Junjung Cita-Cita
Menjadi Perwira Negara
Berjuang Untuk Nusa
Ilmu Di Akademi Tentera
Kan Di Timba Dengan Penuh Daya
Untuk Bekal Sebagai Perwira
Darat Laut Udara
Dengan Ikrar Taat Setia
Belajar Jadi Perwira
Pemimpin Angkatan Tentera
Darat Laut Udara..

Perjumpaan kedua merupakan perjumpaan yang tidak dirancang. Ianya telah dilaksanakan di kedai makan di Bandar Tasik Puteri Cheras iaitu bersebelahan dengan Bengkel Kereta milik Zaini. Antara yang hadir pada petang tersebut adalah:
1. Zaini
2. Jantan
3. Samseng
4. PokCik (Ridhuan Saidin)
5. Landak (Paridan)
6. Ridhuan Rodak
7. Mafia (Mahmadi Akhyar)
8. Kime (Zakiman)
9. Aku sendiri (Azrul)
Antara perkara yang dibincangkan merangkumi hal-hal semasa sehinggalah soal nikah kahwin skot-skot di ATMA dahulu.
Akan diadakan di KINRARA GOLF CLUB pada hari jumaat atau sabtu yang mana tarikh masih belum dapat dipastikan lagi dan bergantung kepada penyertaan Golfer dari intake 2000. Jadi kepada semua golfer intake 2000 sila sahkan kehadiran kepada penganjur kita si SAMSENG di talian 0193837024. Moh pakat meramaikan majlis ini.. bukan senang nak jumpa skot lama-lama.